Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for auto industry professionals · Friday, April 18, 2025 · 804,664,927 Articles · 3+ Million Readers

Bitget Memperkenalkan Iklan Baharu yang Menampilkan Raphinha, Bintang FC Barcelona untuk Memperjuangkan Penyelesaian Kripto yang Lebih Pintar

/EIN News/ -- VICTORIA, Seychelles, April 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, memulakan kempen baharu yang dinamik dengan LALIGA, menampilkan pemain sayap Barcelona yang bertenaga, Raphinha. Kerjasama baharu ini menyerlahkan produk dagangan inovatif Bitget—Perdagangan Salin, Launchpool serta Pra-pasaran—mencipta persamaan pintar antara ketepatan permainan bola sepak elit dan strategi perdagangan kripto yang bijak, melalui siri video yang akan dilancarkan sepanjang bulan April.

Sama seperti Raphinha yang menggelecek melepasi pertahanan dengan gaya samba atau melaksanakan tiki-taka dengan ketepatan di padang, alat perdagangan Bitget memberikan kuasa kepada pedagang untuk mengemudi pasaran kripto dengan penuh kelincahan dan pandangan jauh. Tiga iklan dalam kempen ini menonjolkan keserasian tersebut, menggabungkan pendekatan inovatif LALIGA dalam sukan dengan penyelesaian perdagangan berasaskan teknologi Bitget.

“Dalam bola sepak, keputusan dalam sekelip mata menentukan perbezaan antara gol dan tersasar,” kata Jorge de la Vega, pengarah eksekutif LALIGA. “Kerjasama dengan Bitget mencerminkan fokus bersama kami terhadap inovasi, prestasi dan strategi, sama ada di atas padang atau di pasaran.”

Raphinha, yang baru-baru ini mencapai matlamat 50 sumbangan gol untuk FC Barcelona pada musim ini, menyuarakan sentimen: “Bola sepak dan perdagangan sama-sama menuntut pemikiran yang pantas serta alat yang tepat. Platform Bitget membantu pedagang kekal selangkah di hadapan, sama seperti kami ketika berada di atas padang.”

Kempen ini bukan sekadar tentang kuasa bintang tetapi juga tentang keterlibatan. Bitget akan melancarkan inisiatif pendidikan pengguna dan cabaran perdagangan, yang membolehkan peserta memenangi hadiah eksklusif LALIGA termasuk tiket perlawanan untuk menyaksikan Raphinha beraksi untuk peneraju liga, FC Barcelona. Anggaplah ini sebagai hatrik peluang: belajar, berdagang dan menang.

“Apa yang paling mengujakan saya tentang perkongsian ini bukan sekadar tumpuan bersama antara kripto dan bola sepak, tetapi bagaimana kedua-dua dunia ini sebenarnya berkongsi persamaan yang mendalam. Apabila Raphinha menerima bola, dia sedang memproses kedudukan, momentum dan peluang dalam masa nyata—sama seperti seorang pedagang yang cekap membaca pergerakan pasaran,” kata Gracy Chen, CEO Bitget. Beliau menambah, “Kami telah membangunkan alat yang memberikan kelebihan yang sama kepada pengguna: Perdagangan Salin yang membolehkan anda belajar daripada pakar, Launchpool yang menawarkan pendapatan pasif dengan mudah dan Pra-pasaran yang membuka peluang untuk kemenangan awal. Kempen ini meraikan pemikiran strategik itu, sama ada anda berdagang di platform kami atau menyaksikan Raphinha beraksi dengan gemilang di Camp Nou.”

Reputasi LALIGA dalam merangkul teknologi selaras dengan misi Bitget untuk menjadikan perdagangan kripto lebih mudah diakses dan intuitif. Kedua-dua industri ini berkembang melalui strategi, ketepatan masa dan pelaksanaan—sama ada menerusi hantaran bola yang sempurna atau perdagangan yang dilakukan pada waktu yang tepat. Kempen ini menandakan bab terbaru dalam warisan sukan Bitget, selepas bekerjasama dengan legenda bola sepak Lionel Messi serta kelab bola sepak Itali, Juventus. Sepanjang kempen ini, Bitget dan LALIGA berhasrat untuk memberikan inspirasi kepada peminat serta pedagang agar merangkul pendekatan yang lebih pintar dan strategik, bukan hanya dalam dunia kripto tetapi juga di luar bidangnya.

Layari saluran YouTube Bitget untuk bahagian pertama siri Raphinha.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 100 orang juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3d035087-a248-41fb-a491-eb9990eff6ab


Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Media, Advertising & PR, Sports, Fitness & Recreation ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release